Thursday 26 February 2015

Lawatan ke Korea 2014

Tarikh: 7-11 November 2014
Venue:  Ewha Womans University


Wednesday 23 April 2014

Duit Hangus, Lebur dan Lesap!


Oleh: Irfan Khairi

Kesian bila setiap kali terbaca berita penipuan wang berlaku. Mangsa hilang beribu atau berpuluh ribu ringgit lesap di tangan si penipu. Ada juga keadaan di mana ianya satu skema terancang yang melibatkan sekumpulan penipu wang.

Berbagai-bagai cara penipuan wang berlaku hari ini, dari skim cepat kaya melalui Internet, teknik mendapatkan username dan password peribadi akaun kewangan melalui Internet, pertandingan gores dan menang yang menyeleweng, memenangi loteri yang tidak pernah sertai, mendapat durian runtuh dari seseorang usahawan di Nigeria, tabung derma yang tidak wujud  dan sebagainya.

Apatah lagi apabila kes penipuan wang ini melibatkan kenalan atau ahli keluarga sendiri. Yang selalu terjadi apabila kes "business partner buat hal" melesapkan wang kita. Ketika hendak mulakan perniagaan sama-sama berkobar-kobar. Tetapi bila memberi kepercayaan kepada seseorang, lesap pula wang dan tidak pernah berangkat handphone apabila cuba hubungi.
Semakin hari, semakin licik skim penipuan wang. Pada dasarnya, dilihat seperti sesuatu yang sah. Namun disebalikya satu perancangan yang rapi untuk meleburkan wang yang bertungkus lumus kita kumpulkan.

Perkara ini terjadi bukanlah pada mereka yang kurangnya ilmu sahaja. Sering kali juga terjadi kepada golongan yang berpendidikan dan pangkat tinggi. Kes penipuan wang sememangnya tidak kira mangsa. Asalkan mempunyai wang, maka sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran pemangsa.

Mungkin juga pernah terjadi kepada kita. Tidak kira mungkin sekadar berpuluh ringgit sahaja atau berates. Apabila nilainya kecil, selalunya kita akan tutup sebelah mata sahaja. "Alah, biarlah... RM20 je...". Namun, bagi pemangsa yang telah menipu 1,000 orang, telah mendapat habuan haram RM20,000!

Ada juga yang tertipu dengan nilai yang lebih besar mencecah ribuan ringgit atau berpuluh ribu ringgit. Namun, tidak melakukan apa-apa tindakan dan hanya senyap sahaja. Mungkin kerana perasaan malu untuk kedepan. Takut nanti apa pula orang kata "Tu lah... nak cepat kaya sangat! Dah lesap RM10,000!". Ataupun mungkin tidak tahu bagaimana hendak meneruskan tindakan dengan cara yang betul.

Atas sebab-sebab ini, makin menjadi-jadi pula kes penipuan merata-rata.

Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dan mempunyai kesedaran perkara ini terjadi disekeliling kita dan boleh terjadi pada diri kita sendiri pada bila-bila masa sahaja. Apabila wang kita hangus, lebur dan lesap dek penipu wang, bukan sahaja kehilangan wang. Tetapi merugikan masa dan usaha kita dalam mendapatkan wang dan mengumpulnya sebelum itu. Bukan itu sahaja, juga tekanan dari segi mental yang diberikan pada diri kita sendiri pastinya sungguh dasyat tambah-tambah lagi sekiranya jumlah wang itu besar. Ada juga melibatkan masalah rumah tangga.

Berhati-hati sekiranya terdapat janji-janji pulangan yang tidak masuk akal atau too good to be true. Berhati-hati apabila mendapat tawaran dari mereka yang anda tidak kenali dan sekiranya mereka anda kenali, pastikan anda sendiri melakukan penyelidikan secukupnya. Dan berhati-hati juga apabila terdapat gerak hati dan suara hati anda sendiri terasa ragu-ragu untuk meneruskan sesuatu transaksi. Selalunya mereka yang tertipu mempunyai gerak hati dan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena sebelum terkena.  Wang anda adalah tanggungjawab anda.

Thursday 17 April 2014

Masalah Duit Tak Cukup... caranya?

Oleh: Irfan Khairi

Pernahkah anda mengalaminya? Satu keadaan yang menakutkan apabila pendapatan yang kita perolehi tidak cukup untuk membayar perbelanjaan dari bulan ke bulan. Duit yang masuk tidak banyak, tetapi berbagai bil pula tiba dan bertambah di rumah. Tak cukup dengan itu, pemiutang juga sedang memberi tekanan meminta wang pinjaman. Walaupun anda sudah cuba berjimat, namun duit masih tidak cukup!

Bukan sahaja menakutkan, situasi sebegini juga membawa kepada stress yang berlanjutan. Sedihnya, ramai yang di dalam keadaan sedemikian. Tanpa ditangani, ia boleh mengakibatkan muflis. Namun, muflis bukanlah satu jalan mudah untuk menyelesaikan segala masalah.

Saya akui, keadaan tidak cukup duit bukan segala-galanya berpunca dari kesilapan seseorang itu. Adakalanya ia terjadi akibat kemalangan, sakit, kecacatan, tempat kerja tutup, keadaan keluarga, ditipu dan berbagai lagi sebab. Namun begitu, tanggungjawab tetap perlu dipikul oleh diri sendiri dalam menangani keadaan yang penuh cabaran ini. Sememangnya sukar, tetapi terpaksa juga lakukan sesuatu dan tiada guna hanya membiarkan keadaan menjadi lebih teruk.
Image
Langkah pertama adalah untuk mencari pendapatan yang lebih. Mungkin mencari kerja tambahan secara separuh masa. Tanya pada majikan anda sama ada terdapat kerja lebih yang boleh anda lakukan secara lebih masa. Terdapat banyak kerja-kerja sambilan yang ditawarkan. Ketepikan ego dalam terlalu memilih kerja sambilan. Pepatah Inggeris berbunyi "Beggers can't be choosers" (pengemis tidak boleh terlalu memilih). 

Satu ketika dulu ketika saya masih belajar dan menghadapi masalah tidak cukup wang, saya bekerja sebagai tukang cuci untuk mendapat wang tambahan. Zaman Internet ini, terdapat juga pelbagai peluang pekerjaan untuk mendapat pendapatan tambahan yang boleh dilakukan daripada rumah. Selain dari itu, memulakan perniagaan kecil-kecilan juga merupakan satu pilihan yang bijak.

Langkah seterusnya adalah jual apa yang anda tidak perlu. Mungkin di rumah anda terdapat perabot atau barangan yang anda tidak gunakan dan hanya mengumpul habuk? Inilah masanya untuk menjual dan mendapat wang dari barangan tersebut. Bukan sahaja membantu memperolehi pendapatan, tetapi juga membantu menambahkan ruang di rumah anda. 

Sekiranya melakukan yang diatas masih tidak mencukupi, tiba masanya untuk ubah gaya hidup dalam mengurangkan perbelanjaan besar anda. Keputusan yang lebih besar perlu dilakukan seperti berpindah ke rumah yang lebih kecil dan murah di dalam kemampuan anda. Sekiranya kos kereta adalah tinggi, mungkin tiba masanya beralih kepada membawa motor atau menggunakan pengangkutan awam buat sementara. Seperti yang dikatakan, ketepikan ego dalam menangani masalah kewangan duit tak cukup.

Wednesday 24 July 2013

RESIPI: POPIA CHEESE

Assalamualaikum wbt   dan  Salam 1 Malaysia
sumbangan coretan pertama kali ini dari
Nurul Huda Roslan. terima kasih diucapkan. Sumbangan merupakan sabuah resipi seperti dibawah


RESIPI:  POPIA CHEESE


1)  Kulit Popia
2)  5 biji Kentang direbus, di tos dan dilenyek hancuratau kentang goreng 1 paket digoreng tanpa minyak sehingga lembut dan ditumbuk hancur
3)  Ayam cincang Ramlee digoreng tanpa minyak sehingga kering
4) 1 paket bawang goreng
5)  lada hitam + garam secukup rasa
6) 1 tin jagung
7)  cheesedale digunting kecil
Gaul bahan 1-6.

Sudukan diatas kulit popia, letakkan cheese dan gulung. lekatkan hujung kulit popia dengan air / bancuhan tepung / telur.

Goreng dengan minyak panas.  Sedia dihidangkan.
Blh juga dibekukan dan simpan di dalam tempat beku selama sebulan.
ayam blh diganti dengan daging/isi ikan/isi ketam dan udang.
Kentang juga boleh diganti dengan potongan kobis purple, carrot, sengkuang dan taugeh.
Selamat mencuba

"Sebaik-baik wakil adalah ALLAH SWT"

Yang benar

Nurul ^
Nurul Huda Roslan
Pegawai Eksekutif
Bahagian Pengurusan Perjawatan
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar

no tel  :
03 5521 1316
fax      :
03 5544 3086

Monday 8 July 2013

Jom Berkongsi Karya Kreatif !!


Sempena Bulan Ramadhan,
Biro Penulisan Persatuan Pentadbiran UiTM (PPUiTM)
ingin mengajak semua Staf Pentadbiran untuk “MENYUMBANG” sebarang bentuk “PENULISAN” @ “KARYA KREATIF” untuk membudayakan perkongsian ilmu di samping mencungkil bakat baru .. Apa tunggu lagi..

Warga Pentadbiran UiTM boleh membuat sumbangan mengikut kategori seperti dibawah :-
Ulasan buku
Isu memasak/ resepi
Pengalaman Melancong
Etika Pentadbiran
Isu Kesihatan
Lain-lain tajuk yang memberi nilai tambah kepada staf pentadbiran..

Bahasa :  BM / BI (ringkas & mudah difahami)

Sumbangan ikhlas ini boleh disalurkan kepada :
1) anuar564@salam.uitm.edu.my
2) faizahton@salam.uitm.edu.my